Image

Trade For Living

Trade $10.

Trade $10 account.

Sertai live trading saya setiap bulan (Jan-Sep)

Jana income sendiri dirumah.


Tentang Zezu Zaza

Nama saya Zezu Zaza. Born 10 November 1988. 
Saya seorang Day Trader.

Saya jana income sendiri dirumah tanpa bantuan sesiapa.

Saya trade semua saham.

Wallstreet, Gold, Silver, Forex, US Stock Market, Bursa Saham,
Minyak, Cryptocurrency, Options, Live Cattle, Komoditi, Energy.

Sudah 16 tahun saya tidak bekerja.
Saya mula trading sejak 2008 hingga kini 2024.
Still rockin' the pager.

Tapi, itu bukan bermakna saya tidak bekerja.
Ini kerana saya mempunyai beberapa syarikat sendiri yang diuruskan oleh orang lain.
Sebagai director, saya hanya datang meeting sekali setahun untuk approve budget dan planning.

Saya ada beberapa perniagaan bisnes online dan offline yang
saya rolling dari keuntungan saham.

Saya tidak seperti trader yang lain.

Saya tidak pernah menunjukkan kemewahan.
Anda tidak akan nampak saya flexing di channel saya.
Ini kerana semua orang bukan sama.
Saya lebih suka hidup low key.

Saya rolling keuntungan saham dengan membeli
properties dan membeli perniagaan bankrap yang saya rasakan
berpotensi maju dengan menukar team pengurusan mereka.

Hidup saya cukup minimalist dan simple.
Begitu juga trading saya yang tidak menggunakan sebarang indikator.

Don't complicated your life and your trading.


Tentang Trading

Saya seorang conditional trader dan time trader.
Saya hanya menggunakan harga, volume dan masa.

Corak trading saya adalah sangat berbeza dari trader lain,
ini kerana saya memahami konsep yang saya gunakan itu
dengan jitu.

Secara jujurnya saya lebih suka swing trading dan position trading.
Trading jenis ini kita boleh rileks dan tak perlu pantau trade setiap hari.

Kita cuma perlu tambah lot position dengan melihat sentimen dalam market.
Trading jenis ini akan membuatkan kita kurang melakukan kesilapan
dan sangat profitable dalam jangka masa panjang.

Saya ajar dengan mudah, simple dan senang faham.

Saya mempunyai adab sebagai seorang trader.
Saya sudah cukup dengan trader yang rosakkan industri.

Pada tahun 1997, kerjaya 'Trader' dipandang mulia.
Waktu tu saya baru umur 9 tahun (darjah 3)
Pakcik saya seorang trader saham dan main real estate.

Dia tidak bekerja waktu itu, hanya duduk dirumah.
Setiap bulan dia akan berkunjung ke rumah opah saya dan melawat adik dan saya.
Pernah suatu ketika, saya bertanya perihal ini.

"Along pelik laa.. Sebenarnya kat mana Cik Din dapat duit beli rokok Dunhill pastu belanja along dengan opah setiap bulan sedangkan Cik Din tak kerja.. Kereta Jeep baru beli pula.. Along tak pernah nampak Cik Din kerja pun.. setiap hari tengok tv lepas tu keluar jalan..." ujar saya kehairanan waktu itu ikut dia basuh kereta di car park Sunway PJ.

Dia hanya menjawab sambil tersenyum, "Acik main saham bursa dengan emas (Panama mining gold).. Setiap bulan ambil gaji.. Along nak ikut cam acik ke..?"
 
Setiap bulan dia akan bawa saya dan adik saya naik kereta Jeep. Saya rindu naik kereta Jeep waktu malam sambil didendangkan lagu kegemaran kami "Kau mawarku" dari Siti Nurhaliza.

Sejak dari itu, saya pasang niat semoga suatu hari nanti agar saya boleh jadi macam pakcik saya dan ikut jejak langkahnya. 

Pakcik saya arwah dah tahun 2020.
Inilah memori yang saya ada dan tak dapat lupakan sampai bila-bila.

***
Tapi sekarang jika anda cakap kerjaya anda sebagai seorang 'Trader', orang akan cakap anda seorang scammer. Kadang-kadang saya malu hendak mengaku diri saya seorang trader tapi saya terpaksa sebab itulah yang saya buat untuk sara diri dirumah.

Ramai trader di luar sana tiada background pendidikan untuk jadi seorang trader. Betul-betul trader. Original trader. Ia amat berbeza berbanding trader luar negara dengan trader tanah air sendiri.

Saya merupakan anak didik Dan Zanger.
Saya mengikuti kursus Dan Zanger di LA pada tahun 2012 dan beberapa siri online beliau.
Beliau mendidik tentang betapa pentingnya volume dalam trading. Yang mengejutkan saya, volume lah yang pertama sekali dibuang trader Malaysia sedangkan orang Wallstreet menggunakan trading volume dan quant trading secara harian.

Dan Zanger mengajar saya tentang perbezaan seorang trader dengan gambler full margin. Beliau yang bukan Islam menitik beratkan tentang hal-hal soal adab di dalam trading. Ini kerana adab akan membentuk tabiat. Tabiat yang tidak baik adalah tabiat seorang gambler manakala tabiat adab trader yang paling mempesonakan adalah tabiat memupuk menjadi seorang day trader yang kuat sabar.

Oleh itu, dalam dunia trading ada dua jenis trader. Trader baik dan trader jahat. Untuk anda kekal lama dalam trading, pilihlah menjadi trader baik kerana itulah jalan yang kekal.


Tentang Masterclass Percuma

Saya buat trading masterclass saya exclusive di Zoom.
Saya jarang buat live trade di Youtube kerana ia umum.

Di youtube saya hanya memberi ceramah trading percuma
dan mukadimmah trading serta tips.

Masterclass saya adalah setiap tahun dari Januari - September (Q1-Q3).
Setiap minggu sekali selama 40 minit.

Di trading saham masterclass percuma ini saya banyak ajar rahsia, tips dan trick yang saya gunakan dalam trading untuk menjadi seorang konsisten dan profitable trader.

Di dalam trading, sebenarnya ia bukan berapa banyak wang yang anda 
hasilkan dalam masa yang singkat tapi berapa lama anda boleh survive long term dengan akaun anda supaya dapat menjadikan trading anda itu satu income yang tetap.

Anggap ia sebagai satu amal jariah untuk sebarkan ilmu secara percuma. Anda boleh tanya soalan tentang trading terus kepada saya atau email saya.

Saya akan jawab soalan anda secara terus dimana trader lain yang bergelar "guru/sifoo" tidak pernah ambil kisah tentang soalan yang anda nak tanya kepada mereka tentang trading. Mereka hanya fikirkan komisyen untuk menyara kehidupan mereka hasil dari trading anda.

Saya tak pernah buat affiliate link.
Saya tak pernah buat IB sign up.
Saya tak pernah terima komisyen trading.
Saya juga tak buat MLM trading.

Saya hanya survive hidup saya hanya dengan usaha trading saya sendiri.

Kerja part time saya adalah melayan trader sebagai seorang customer service walaupun mereka bukan dari kalangan team trader saya.



Masterclass Berbayar

Jika anda merasakan kelas percuma saya setiap minggu itu tidak mencukupi,
anda boleh request untuk masuk masterclass berbayar.

Kelas masterclass berbayar ini adalah anda trading dengan saya
mengikut market dan belajar trading dengan saya mengikut masa
yang ditetapkan.

Nak buat personal coaching face2face pun ada.
Kadang-kadang trader nak privacy dan spend masa dengan mereka.
Itu tidak jadi masalah kerana anda membayar waktu saya untuk 
generate income dari market.

WIN WIN SITUATION.

Saya tidak buat masterclass ini sebarangan kerana saya tidak pernah
kelola servis ini secara umum. Ia hanya berdasarkan permintaan sahaja.

Ini kerana saya mempunyai bisnes perniagaan sendiri yang harus diuruskan
dan juga saya hanya jana income dengan trading sendiri dirumah.

Income dari yuran masterclass kebiasaannya saya sedekah jariah kepada badan-badan amal kebajikan yang memerlukan dan sumbangkan kepada baitulmal.

Yuran masterclass memang agak mahal bagi sesetengah orang kerana saya mengajar dari pengalaman
dan mendapat kursus penuh dari professional trader serta institusi. Kebanyakkn trader yang mendapatkan khidmat saya terdiri daripada trader luar negara dan segelintir dari trader singapore, brunei, indonesia dan Malaysia.

Anda boleh dapatkan kursus trading daripada trader atau guru lain. Tetapi ilmu yang anda dapat dari saya adalah istimewa. Saya jamin yang terbaik.

Kenapa  saya begitu pasti?

Ini kerana ramai bekas trader dari guru trading Malaysia yang anda kenal sebagai personaliti internet,  semuanya berakhir kepada saya. Malah ramai mengadu pembelajaran trading yang mereka lalui itu sebagai melepaskan batuk ditangga. Ini mengakibatkan trader terkontang-kanting melalui kesukaran trading di dalam persediaan memahami ilmu yang masih baru dan belum lagi bersedia menempuh dunia trading sebenar. 

Fee masterclass ini hanyalah komitmen anda terhadap masa saya untuk mengajar.
Ia tiada kena mengena dengan salah satu income utama.

Sekiranya tiada masterclass pun tidak apa kerana ia bukan kerja saya yang utama. 99% masa saya tertumpu kepada income yang berskala besar iaitu trading bagi syarikat korperasi Malaysia yang mana mahukan khidmat trading akaun pelaburan mereka. Jadi, sudah tentu syarikat ini mampu membayar trading fee dan management fee saya selain kerjaya utama saya trading akaun sendiri dirumah.

Trading is journey, not destination.


Sekiranya anda ini berminat nak sertai masterclass ini, emailkan permintaan anda ke info@zezuzaza.com dan tulis

"Saya nak masterclass"

FOLLOW SAYA TRADE PERCUMA

Isikan butiran anda di bawah untuk saya bagi notifikasi, tips, insider trading dan juga motivasi. Lebih senang saya maklumkan anda secara terus ke inbox email anda sekiranya berminat nak join Trading House Online ini.

FacebookInstagramTwitterYouTubeE-MailWeb Site

Privacy Policy | Terms and Condition | Refund Policy

@2023. Zezuzaza.com. All right reserved.

IMPORTANT DISCLAIMER:  Trading adalah satu pelaburan yang berisiko tinggi. Anda boleh loss modal anda kesemuanya. Follow saya sekiranya anda faham tentang risiko trading yang mana ia mampu membuat anda kehilangan modal yang anda sumbangkan atau menjana keuntungan sebaliknya. Saya tidak akan menanggung atau menggantikan modal anda yang hilang sekiranya trading ini tidak berjaya dan juga saya tidak akan mengambil untung yang anda buat. Tiada refund untuk masterclass (sekiranya ada). Saya hanya mengikut keadaan market. Jika market dalam keadaan terbaik, insyallah kita menjana. Sekiranya market dalam keadaan yang tidak sihat, kita hanya menunggu peluang entry atau duduk tepi sahaja. Sekiranya program ini untuk anda, anda berada di page yang betul. Sekiranya tidak, sila abaikan page ini. Harap maklum. Sekian terima kasih.